DEFINISI AL-QURAN

DEFINISI AL-QURAN:

1. Dari segi bahasa: ada 3 makna:

1.1 - Qara’a = membawa makna mengumpulkan dan menghimpun.
1.2 – Qiraah = bererti menghimpun huruf-huruf dan satu kalimah dengan satu kalimah yang lain dalam satu ucapan yang tersusun rapi.

Perkataan Quran pada mulanya asal daripada qiraah, iaitu masdar (infinitif) dari kata qara’a, qiraatan, quranan.

Allah SWT berfirman:

Ertinya: “Sesungguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya. Apabila Kami telah selesai membacakannya, maka ikutilah bacaannya itu.” (Al-Qiyaamah: 17–18).

Kalimah Qur’anah (bacaannya) pada ayat di atas bererti qiraatuhu (bacaannya/cara membacanya). Jadi, kalimah itu adalah masdar menurut wazan (konjunsi) fu’lan. Dengan ini kita dapat mengatakan qara’tuhu, quran, qiraatan wa quranan, ertinya sama saja.
Di sini maqru’ (apa yang dibaca) diberi nama quran (bacaan), yakni penamaan menggunakan kaedah tatabahasa arab (wazan) maf’ul dengan masdar.

Sesungguhnya penggunaan kalimah (perkataan) Al-Quran untuk mengenalkan kepada kita akan kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu, fahamlah kita secara khusus Al-Quran ialah kitab Allah yang diturunkan kepada Rasul kita, Muhammad s.a.w.
Maka, jika kita mendengar orang membaca ayat Quran,kita boleh mengatakan bahawa ia sedang membaca Alquran.

Firman Allah s.w.t:

Dan apabila dibacakan Al Quran, Maka dengarkanlah akannya, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.(Al-A’raaf: 204).

Maksudnya: jika dibacakan Al-Quran kita diwajibkan mendengar dan memperhatikan sambil berdiam diri, baik dalam sembahyang mahu pun di luar sembahyang, terkecuali dalam shalat berjamaah ma'mum boleh membaca Al-Faatihah sendiri waktu imam membaca ayat-ayat Al Quran.

Sebahagian ulama menyebutkan bahawa penamaan kitab ini dengan nama Al-Quran kerana mencakuip inti-pati daripada kitab-kitab-Nya yang di turunkan kepada nabi-nabi sebelum Muhammad s.a.w, bahkan mencakupi inti dari semua ilmu.
Kebenaran ini telah termaktub dalam firman-Nya yang ertinya,
“Dan, Kami turunkan kepadamu al-kitab (Quran) sebagai penjelasan bagi segala sesuatu.” (An-Nahl: 89).

“Tiada Kami alpakan sesuatu pun di dalam al-kitab ini (Quran).” (Al-An’am: 38).
Pendapat kedua : Sebahagian ulama berpendapat bahawa kata Quran itu pada asalnya tidak berhamzah sebagai kata jadian.

Mungkin kerana ia dijadikan sebagai suatu nama bagi kalam yang diturunkan kepada Nabi saw. dan bukannya kata jadian dari qaraa

Adapun mungkin juga kerana ia berasal dari kata qarana asy-syai’ bi asy-syai’, yang bererti memperhubungkan sesuatu dengan yang lain atau juga berasal dari kata qaraain (saling berpasangan), kerana ayat-ayatnya satu dengan yang lain saling menyerupai. Dengan demikian, huruf nun itu asli.

Namun, pendapat ini adalah diragukan,- Pendapat yang sahih adalah pendapat yang pertama.

No comments:

Post a Comment